Anak Panda Ditemui Mati Terjerut


CHENGDU, 11 April -- Seekor anak panda ditemukan mati dipercayai akibat lemas selepas lehernya terjerut dengan tali, di pusat konservasi panda di barat daya wilayah Sichuan, China, pada Khamis lapor agensi berita Xinhua.

Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China pada Sabtu berkata, anak panda betina berkenaan dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu, tinggal di pusat pembiakan Shenshuping, di rizab alam semula jadi Wolong.

Kira-kira 2 pagi, 9 April, anak panda itu bermain bola yang digantung pada tali sebelum ditemukan mati oleh pekerja pusat berkenaan dengan tali terbelit pada leher dan kaki depannya, kira-kira 9 pagi. 

Kejadian itu amat menyedihkan dan kami mengakui gagal menjamin keselamatan panda, kata pusat berkenaan. 

Justeru, aspek pemeriksaan keselamatan akan diperkukuh dan menilai keberkesanan kemudahan sedia ada serta meningkatkan rondaan pada waktu malam untuk mengelakkan kejadian sama berulang.  

-BERNAMA

Post a Comment

0 Comments