SUKA MEROKOK KETIKA BUANG AIR?


Betapa sukarnya seseorang perokok yang ingin berhenti merokok dengan sengaja, serta merta tanpa alasan dan hati yang kental menangkis perasaan dan habit yang menebal sehingga merasakan habit tersebut sejak lahir lagi.. huh!
Tatkala penulis menulis artikel ini, sedang itu masa berlalu pantas 3 tahun sudah berjaya berhenti merokok secara radikal dan tegas laksana sekeras amaran panglima tentera muka bengis menjalankan pemerintahan yes or yes.
Berkongsi pengalaman, selain ditegah dan dipaksa berhenti oleh penangan kasih sayang sang isteri yang mencintai sepenuh jiwa dan raga yang tak sanggup kehilangan tercinta oleh disebabkan hasil duit yang dibakar, sesungguhnya terdapat keajaiban dari Yang Maha Esa memberikan banyak petanda dan bantuan untuk terus berhenti tanpa banyak soal. Sakit dada(sikit je tapi takut sbb berlaku setiap kali merokok, pening, demam, tekak dan lidah kelat x semena mena.
Dari cerut hingga rokok paling murah semua dah try untuk mencari keserasian kononnya perlu tukar brand hasil nasihat dari rakan, ternyata hampa dan hanya mitos kerana tidak berhasil. Pengakhiran disudahi dengan berhenti merokok secara total. Alhamdulillah..
Tersingkap diingatan poster saiz A2 dimasjid dan surau yang pernah terkunjung dimana tertulis info majlis-majlis Agama Islam meletakkan hukum haram pada rokok kerana membinasakan diri sendiri.
Tatkala ini juga kupohon insan-insan yang ku sayang, yang dikenali dan semua perokok agar berhenti merokok.. Termasuk vape dan seangkatannya.. Huk huk! Amin..
Berbalik pada tajuk, teringat sebenarnya banyak kisah-kisah mengenai rokok dan perokok. Peristiwa juga banyak terhasil dari rokok nan sebatang. Dari rokok boleh terjalin persahabatan dan perkenalan, malah, yang putus kaki ketika kemalangan juga hanya mampu meminta rokok selain dari mengucap syahadah dan istighfar mengingat mati!
Antara kisah yang terbaik rangking teratas adalah merujuk pada tajuk diatas. Kenapa? Apahal? Apa kena-mengena buang air dengan rokok? Em... Besar maknanya bagi kebanyakan perokok..
Biarpun bukan hasil penulisan, tapi perkongsian dari satu entri Facebook Page ini, ternyata mengimbau kisah sebenar alam mistik berkenaan rokok dan buang air.. Jom baca..

MENGAPA RAMAI PEROKOK MEROKOK KETIKA MEMBUANG AIR BESAR?
Pertama. Timing. Habis sebatang ngam2 kira selesai. Berbanding main telefon time b3rak menjadikan rokok sbg pengira masa lebih menjimatkan masa.
Kedua, kentvt yg lolos sekali bersama tah1 yg diteran keluar mengandungi peratusan besar gas metana di samping sedikit zarah tah1 yg ringan, justeru bara rokok dpt menghapus sedikit gas tersebut seraya mengurangkan aroma yg kurang enak.
Ketiga, dgn menyedut asap rokok ia mendatangkan ketenangan yg dapat menghadirkan ilham atau renungan jauh kpd para pemikir yg suka berfikir, bahkan kdgkala puisi dan lagu juga dapat tercipta ketika itu.
Keempat, telah menjadi kebiasaan maka utk meniadakannya amat sukar dan mengambil masa krn telah menjadi tabiat, pada tahap ini 3 tujuan di atas sudah tidak lagi diperlukan utk memurnikan perbuatan merokok ketika b3rak.
Kelima, sebagai jamuan percuma kpd para jinn syaitan yg menginap di tandas meskipun kenduri ini tidaklah diingini oleh pemb3rak.
Begitulah hendaknya kisah yang dikongsikan oleh penulis di entri tersebut tentang buang air dan rokok.
Pasti sudah tentunya kebanyakan perokok bersetuju dengan 5 penghujahan yang bernas walaupun sukar untuk menerima hujah kelima, namun tetap terpaksa mengakuinya dan mengendahkannya..
Akhir kalam... Syaitan suka manusia berlengah-lengah didalam bilik air, menampakkan indah tempat yang kotor dan bersama menghirup udara karbon bercampur bauan naj1s.
Pertanyaan.. apakah keberkatan yang diperoleh dari rezeki hasil dari idea2 duduk lama dalam jamban sambil bagi syaitan dan jin makan!? Tell me..

INTEL

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2579113912344084&id=1376943895894431

Post a Comment

0 Comments