
Pemandu mabuk yang menyebabkan nahas korban seorang wira negara barisan hadapan yang berlaku di sekatan jalan raya Ops Covid-19, berdepan hukuman paling maksimum yang dituntut oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bidor.
Kemalangan yang berlaku di lokasi Plaza Tol Kajang Selatan itu berpunca daripada sikap cuai dan lalai oleh pemandu yanga memandu didalam keadaan mabuk apabila dibawah pengaruh alkohol, hasil siasatan awal polis.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan. Saya berharap, dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya tidak berulang lagi.
"Ada segelintir individu yang tidak menghiraukan langsung keselamatan pengguna dan petugas di jalan raya. Harus diketahui bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pergerakan dihadkan.
"Namun, ada lagi yang sempat mengambil minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut. Itu adalah jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab," KPN.
![]() |
| KETUA POLIS NEGARA, Tan Sri Abdul Hamid Bidor |
Kenyataan beliau itu dibuat selepas ditemui beliau meluangkan masa kira-kira 1 jam menziarahi jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, di Jabatan Forensik Hospital Serdang.
Koperal Safwan, 31, terkorban selepas sebuah pacuan empat roda merempuh sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada jam 2.11.
Dalam sebak, KPN menjelaskan kejadian nahas yang berlaku pada anggota polis tersebut adalah sebagai kejadian yang amat memilukan.
Allahyarham disifatkan seorang anggota yang cukup baik dan tergolong dalam kalangan anggota yg berprestasi tinggi.
Arwah mempunyai 9 adik beradik dan juga difahamkan bapa mangsa juga adalah bekas komander di S69 di Ulu Kinta, Perak dan sudah 3 tahun bersara.
"Kejadian yang berlaku ketika bulan Ramadan ini amat memilukan hati. Saya rasa sedih apabila pada awal pagi tadi dikejutkan dengan berita berlaku kemalangan ini yang tidak sepatutnya berlaku dan anggap ini sebagai takdir," katanya.


0 Comments