5 Istana dan Rumah Agam Paling "Keras" Di Dunia...
Setiap kali kita menonton filem-filem seram pastinya bekaitan dengan rumah tinggal, bangunan lama malahan juga istana. Tahukah anda terdapat beberapa buah istana dan rumah agam yang dikatakan "keras" diseluruh dunia? Apakah kisah di sebaliknya?
1. Morgan House di Kalimpong, India
Morgan House dikatakan dihantui oleh roh Mrs. Morgan yang mati di rumah tersebut.
Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat didera secara mental dan fizikal sehingga mati.
Rumah ini pada asalnya diduduki oleh Mr.Morgan dan isterinya selepas mereka berkahwin.
Menurut lagenda, Mr. Morgan dikatakan melakukan penderaan berterusan terhadap isterinya sehingga mengakibatkan kemurungan dan gangguan mental.
Sejurus selepas kematian isterinya, Mr. Morgan terus meninggalkan rumah tersebut menyebabkan rumah itu terbiar dan tidak berpenghuni berdekad lamanya sehinggalah ia diambil alih oleh kerajaan India dan diubah suai menjadi hotel penginapan.
Namun begitu, sehingga hari ini, masih ada penginap yang mengatakan mereka sering mendengar bunyi tapak kaki Mrs Morgan berjalan di dalam rumah itu.
2. The Château de Trécesson di Brittany, Perancis
Tempat ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang dikatakan ditanam hidup-hidup di kawasan ini.
Kisahnya diketahui oleh seorang pencuri yang kebetulan sedang melihat kawasan terbabit dan ternampak dua orang lelaki sedang mengali lubang. Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya mengheret seorang wanita yang lengkap bergaun pengantin dan mencampakkannya ke dalam lubang yang digali tadi.
Pencuri tadi kemudiannya berlari pulang ke rumah dan memberitahu isterinya akan perkara yang berlaku tadi dan dia mendengar perbualan dua lelaki tadi yang mengatakan wanita tersebut telah mencemarkan maruah keluarga.
Si isteri pencuri tersebut menyuruhnya segera pergi menyelamatkan wanita terbabit, malangnya sudah terlambat dan wanita itu telah pun meninggal dunia.
3. Chaonei No. 81 di Beijing, China
Chaonei No. 81, or "Chaonei Church," dikatakan rumah paling berhantu di Beijing. Tiada rekod ditemui untuk mencari sebab mengapa ia dibina.
Rumah ini sering dikaitkan dengan beberapa kehilangan. Menariknya di hadapan rumah tersebut diletakan notis yang menyatakan “Tiada Hantu Di Kediaman Ini”. Namun begitu mengikut cerita setempat, ia adalah sebaliknya.
Satu daripada kisah yang sering kedengaran ialah kisah perempuan simpanan seorang pegawai kerajaan yang mati akibat bunuh diri di rumah ini selepas pegawai tersebut meninggalkannya. Roh wanita tersebutlah yang dikatakan menghantui rumah ini
Satu lagi kisah menceritakan yang rumah ini sebenarnya di bawah seliaan seorang paderi British yang ingin menjadikan bangunan rumah ini sebagai sebuah gereja tetapi telah menghilangkan diri sebelum pembinaannya selesai.
Tidak lama selepas itu, tiga orang pekerja pembinaan yang sedang mabuk di kawasan itu juga hilang seperti yang dilaporkan Vintage news.
Ketiga-tiga orang pekerja pembinaan itu sebenarnya berada di bangunan bersebelahan dimana mereka berhasrat untuk memecahkan tembok yang memisahkan antara tempat mereka berada dengan Rumah Chaonei. Mereka dilaporkan tidak lagi kelihatan selepas kejadian itu.
4. Casa Loma di Toronto, Ontario Kanada
Istana ini dibina oleh seorang saudagar, Sir Henry Pellatt pada tahun 1914 untuk isterinya Lady Mary Pellatt
Sehingga kini, para pelawat dan perkerja di istana ini mengakui terlihat penampakan paranormal, disentuh entiti yang tidak kelihatan dan juga mendengar suara-suara aneh di sekitar kawasan istana tersebut.
Istana tersebut dikatakan dihantui oleh beberapa entiti paranormal atau hantu yang mana salah satu daripadanya dikenali sebagai “The White Lady”. Wanita ini dipercayai berkhidmat sebagai orang gaji di istana ini di awal 1900an.
Istana ini ketika dalam pembinaan
Terdapat terowong bawah tanah di bawah istana ini di mana tetamu yang datang ke sini pernah bercakap atau terserempak dengan hantu yang lain. Menurut laporan, kelibat lelaki yang dilihat di dalam terowong ini adalah sahabat kepada Sir Henry yang juga diupah untuk menjaga kuda-kudanya.
Paling menyeramkan ialah kelibat Sir Henry dan isterinya Lady Mary mengintai di balik tingkap tingkat dua istana tersebut sering kelihatan malah ada juga yang cuba untuk mengambil gambar penampakan tersebut tetapi gagal kerana kamera yang digunakan akan terpadam sendiri.
5. Kellie’s Castle di Batu Gajah, Malaysia
Kellie’s Castle merupakan salah satu tempat yang paling berhantu di Malaysia
Pembinaannya bermula pada tahun 1915 tetapi terhenti pada tahun 1926 setelah pemiliknya, William Kellie Smith meninggal dunia. Tidak lama selepas ia dijual, pembinaannya tidak disambung semula menjadikannya terus terbengkalai sehingga kini.
Sejak itu, kelibat Kellie Smith dikatakan berkeliaran di tingkat dua istana itu serta kelibat kanak-kanak yang dipercayai anak perempuannya juga sering terlihat di sekitar kawasn istana itu.
Ketika Perang Dunia Ke-2, tentera Jepun dikhabarkan telah menjadikan istana ini sebagai tempat untuk memenggal kepala tahanan mereka.
Sumber:
2. wikipedia







0 Comments