Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini mengambil kira kesan jangka panjang dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Salah satunya ialah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang akan diberikan secara 'one-off' kepada golongan B40 & M40 yang layak.
Untuk penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan mereka yang mempunyai rekod pembayar cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),anda tidak perlu mendaftar kerana bantuan ini akan di masukkan secara automatik ke akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod BSH dan LHDN.
Bagi yang bukan penerima BSH dan tiada rekod di LHDN, anda perlu mendaftar
untuk memohon bantuan ini bermula 1 APRIL 2020 di laman sesawang rasmi LHDN
http://www.hasil.gov.my
Pembayaran BPN akan dibuat dalam 2 fasa.
Fasa 1: Akhir bulan April 2020
Fasa 2: Akhir bulan Mei 2020
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN?
1. B40
2. M40
JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA SECARA ONE-OFF







0 Comments