Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan di Malaysia bermula pada 18 Mac 2020.
Ini semua gara-gara tularnya sejenis virus baharu yang diberi nama COVID-19 atau nama panjang nya Novel Coronavirus.
ASAL USUL COVID-19
Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit bermula dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.
Novel coronavirus (COVID-19) pula merujuk kepada spesis baharu yang belum pernah ditemui oleh manusia.
Kes Pertama yang dilaporkan adalah dari wilayah Wuhan, China sehingga pada mulanya ia digelar sebagai 'Virus Wuhan'.
Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai 'worldwide pandemic'.
Dalam masa yang singkat, ia telah tersebar sehingga hampir ke serata dunia.
Cara Penyebaran
Jangkitan virus ini kepada manusia adalah melalui titisan pernafasan dan sentuhan pada permukaan yang dihinggapi oleh virus ini. Walaubagaimanapun virus ini tidak meresap ke dalam kulit. Ia boleh memasuki sistem badan akibat daripada tangan yang menyentuh hidung, mulut atau mata.
Tempoh Inkubasi
14 hari
Gejala/Simptom Jangkitan
1. Demam
2. Batuk
3. Sakit Tekak
4. Sesak nafas
Sekiranya anda mengalami gejala seperti di atas, sila pergi ke hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut
Cara Pencegahan
- Tutup hidung dan mulut menggunakan tisu apabila batuk dan bersin.
- Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
- Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun selama 20 saat atau menggunakan hand sanitizer.
- Pakai topeng muka (face mask) sekiranya bergejala.
- Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
- Amalkan penjarakkan sosial 1 meter dengan individu lain ketika membeli barang keperluan atau berurusan di luar.
- Sentiasa patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Ubat
Setakat ini tiada ubat atau vaksin untuk menyembuhkan penyakit akibat virus ini.
#stayathome
#dudukrumah
#kitajagakita



0 Comments