5G PVNCA COV1D-19? K0NSP1RAS1 M1TOS?

Conspiracy theorists are blaming Coronavirus on 5G with no ...
Ramadhan bakal tiba, Syawal pasti dinanti. Namun masih didalam kancah peperangan menentang musuh dunia iaitu COV1D-19 dimana masing-masing di seluruh dunia mengekang dan menentang dengan cara yang tersendiri. Namun ada negara yang masih akal dilutut tidak mengendahkan V1RUS tersebut dengan langsung tidak melakukan arahan pengawalan pergerakan mahupun perintah berkurung. Masih bersosial. 

Covid-19: Mindef and Armed Forces FAQ | The Star Online
Bagi kami rakyat Malaysia, kami doakan khasnya kepada frontliner agar bertabah dan terus kuat, dan amnya kepada seluruh Malaysia agar sama membantu memutuskan rantaian V1RUS ini dengan #staysafe dan #stayhome

Terdahulu hingga kini kecoh mengenai konsp1ras1 yang menakutkan seluruh dunia dengan berita tergempar mengenai teor1 konsp1ras1 teknolog1 5G yang dikaitkan sebagai punca kepada terhasilnya penyakit COV1D-19. Sudah tentunya ada yang menyokong dengan asasnya dan juga ada yang menyangkalnya dengan bukti-bukti hujah yang tersendiri. 


Malaysia Stands at the Forefront of 5G Adoption in SEA - SME Magazine
APAKAH ITU 5G? 
5G adalah generasi kelima (THE F1FTH GENERAT1ON) teknologi komunikasi tanpa wayar yang menyokong rangkaian data selular. Komunikasi 5G memerlukan penggunaan alat komunikasi (kebanyakannya telefon bimbit) yang direka untuk menyokong teknologi. 

Rangkaian 5G merupakan teknologi sambungan internet mudah alih generasi berikutnya yang menawarkan kelajuan yang lebih pantas dan sambungan lebih stabil pada peranti-peranti mudah alih. 

Menggabungkan teknologi rangkaian termaju dengan peranti berspesifikasi tinggi terkini, 5G menjanjikan sambungan yang jauh lebih pantas berbanding dengan apa yang ditawarkan pada ketika ini. Dijangkakan kelajuan memuat turun purata pada 1Gbps akan menjadi satu kelaziman. 

Rangkaian ini juga bakal melonjakkan teknologi Internet of Things melalui penyediaan infrastruktur yang mampu membawa data-data berkapasiti besar yang amat diperlukan di dalam dunia yang saling berhubung. 

Rangkaian 5G pada ketika ini sudah pun mula muncul disebahagian tempat dan dijangka dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2020. Bersama-sama rangkaian 3G dan 4G sedia ada, dunia dalam masa terdekat ini adalah ‘dunia tanpa sempadan’. 

Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti. 

Berdasarkan demonstrasi yang dibuat TM di Langkawi, kadar kelajuan maksimum yang berjaya dicapai mencatatkan lebih 1.5GB sesaat untuk muat turun data.

Geoff Johns talks The Flash #750, Captain Chilly and why Wally ...
Ini bermakna anda hanya perlu beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran anda pada kualiti HD. 

Kalau sebelum ini, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat, melalui teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat. 

Kadar lengahan ini membolehkan kawalan peranti pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu. 

Selain itu, teknologi ini juga mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama. 

Lebih mudah, tiga sifat utama 5G: 

1. Kelajuan yang tinggi 

2. Kadar lengahan yang rendah (1milisaat) 

3. Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi 

Agaknya sistem teknologi selepas ni lebih pantas berbanding teknologi sebelumnya. Contohnya andai baru terlintas dihati nak buka YouTube dalam phone, terus system android detect dan terus buka aplikasi tersebut. Agaknya la... 


Social media conspiracies blame coronavirus on 5G internet
APAKAH TEOR1 KONSP1RAS1 TEKNOLOGI 5G DENGAN COV1D-19? 
Terdapat hujah dari mereka-mereka yang mempercayai konsp1ras1 5G ini adalah dimana gelombang yang tinggi dalam saiz yang rapat, akan menyebabkan berlakunya ‘pencemaran elektromagnetik atau ‘electrosmog’. 

‘Electrosmog’ ini merupakan satu kondisi tubuh manusia yang terdedah dengan gelombang yang sedia ada dari gadget yang kita gunakan seharian, saluran elektrik, satelit dan sebagainya. 

Disebabkan penggunaan 5G dikatakan berkuasa tinggi dan pantas dalam saiz yang mampat, mereka percaya gelombang itu memberi kesan yang menyebabkan kerosakan kulit, percepatkan tahap kerosakan retina mata, kesan operasi jantung, kesan pada imunisasi manusia, lambatkan pertumbuhan sel, gangguan pada tumbuhan dan ekosistem bumi. 

Woody Harrelson Among Celebs Sharing Conspiracy Theory Linking ...
TAHUKAH ANDA?? 
- Perkongsian mengenai teor1 konsp1ras1 ini bermula dari perkongsian oleh akaun bernama ‘Ben Mackie’ di Facebook pada 10 Mac 2020 

- Ia telah menjadi tular popular dan dikongsikan lebih 1300 kali oleh netizen 

- Aktor Hollywood, Woody Harrelson berkongsi di laman social mengenai perkaitan Wuhan sebagai tempat lokasi mulanya pemasangan 5G di China dimana ianya penyebab kepada wabak dan jangkitan berlaku 

- Berikutan semua penularan tersebut, banyak rangkaian media social telah mengambil tindakan untuk memadam posting tersebut atas tujuan katanya tidak mahu menimbulkan kekalutan dan kekeliruan oleh salah faham yang sememangnya kebanyakan orang tidak faham. 


5G Consequences On Human Health - Thailand Medical News
ADAKAH IANYA MERBAHAYA? 
Dakwaan segelintir pihak yang menyatakan penggunaan teknologi generasi kelima (5G), yang akan diperkenalkan di Malaysia tahun ini, boleh menjejaskan kesihatan adalah tidak benar, kata pakar. 

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Tharek Abdul Rahman berkata teknologi itu menggunakan frekuensi radio yang tidak menghasilkan sinaran berbahaya seperti dihasilkan sinar X. 

“Orang ramai perlu faham bahawa radiasi ada dua jenis iaitu jenis mengion dan tidak mengion, yang boleh menyebabkan kanser adalah jenis mengion seperti sinar X dan radio aktif. 

“Sinaran tak mengion dihasilkan 5G hanya akan menyebabkan kesan pemanasan yang tidak cukup untuk memberi kesan jangka panjang kepada tisu-tisu badan, ” katanya 

Frekuensi radio yang dihasilkan teknologi 5G juga mempunyai tenaga 1,000 kali lebih rendah berbanding tenaga daripada matahari. 

“Tenaga daripada matahari adalah dalam kategori selamat kerana ia radiasi tidak mengion, 5G pula 1,000 kali lebih rendah menunjukkan ia radiasi selamat. 

“Berdasarkan laporan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), lebih 25,000 artikel penyelidikan di seluruh dunia yang diterbitkan dalam tempoh 30 tahun menunjukkan pendedahan kepada frekuensi radio berskala rendah atau sinaran tak mengion tidak memberi impak negatif kepada kesihatan manusia,” katanya. 

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Abdullah Mohd Zin yang menyifatkan dakwaan 5G memberi impak buruk kepada kesihatan adalah salah faham yang perlu diperbetulkan. 

“Tidak ada bukti yang kukuh mengaitkan 5G dengan bahaya kepada kesihatan,” katanya. 


Ofcom measured UK's 5G radiation and found that, no, it won't give ...
APAKAH KEBENARANNYA? 
Telah terbukti setakat ini dimana pakar-pakar dari negara kita sendiri telah mengumumkan bahawa tiada perkaitan mengenai teknologi 5G ini dengan kesihatan mahupun penyebab kepada wabak COV1D-19 ini. 

Namun, kita tidak boleh menjadi seperti lalang atau mengikut telunjuk dimana ramai menyokong disitu otak udang mengikut. 

Tidak ada bukti yang jelas dan nyata samada dilihat atau dirasa oleh kita sendiri adakah benar tidak berbahaya atau berbahaya kerana kita sedia maklum hingga kini masih tiada jawapan yang kukuh asal-usul wujudnya COV1D-19 ini. Dari satu haiwan ke satu haiwan dituduh sebagai pembawa.

Persoalan yang timbul hanya disangkal dan juga pihak tertentu hanya menidakkan sahaja bagi menutup sesuatu persoalan yang ditimbulkan. 

Kenapa bertindak menghilangkan atau memadam tanpa menyiasat apa sebenarnya berlaku? 

Kenapa tidak menguatkan gelombang hujah yang benar tersebut supaya dapat menyangkal hujah yang menakutkan setiap yang mendengar dan melihat tanpa memadam?

Juga, adakah semata-mata keuntungan dari viewers oleh netizen dimedia sosial membuatkan kumpulan-kumpulan tertentu yang berhujah tentang akan bahaya tentang sesuatu agenda? 

..............
BUKAN BERTINDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, TAPI LEBIH KEPADA INGIN MENGUPAS DAN MEMBINCANGKAN PERKARA SEBENAR.

MASIH TIADA DISKUSI PERDEBATAN ATAU PERBINCANGAN PROFESSIONAL SECARA LIVE DI MEDIA BERKENAAN HAL INI. JIKA DILIHAT PENTING KENAPA TIDAK DIBINCANGKAN SECARA UMUM?

APA PANDANGAN ANDA MENGENAI HAL INI? JOM KONGSI DIRUANGAN KOMEN. UJARKAN BUAH FIKIRAN ANDA DAN ANDA BOLEH JUGA SALURKAN MAKLUMAT TERKINI PADA KAMI. 

KONTREVERSI?? CARI KEBENARAN.


INTEL: 





Post a Comment

0 Comments