SELAMAT HARI ULANG TAHUN REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA (RAJD) KE- 67
![]() |
| SUMBER: Kelab Penyokong Angkatan Tentera Malaysia |
Sempena hari ulang tahun Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) ke-67 pada 22 April 2020 ini, mari kita mengimbau kembali keistimewaan sejarah penubuhan RAJD ini. Kita ambil tahu sebenarnya terdapat banyak rejimen dan kor didalam Tentera Darat DiRaja Malaysia (TDM).
AMBIL TAHU, TAMBAH ILMU.
MENGIMBAU SEJARAH
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
Rejimen Askar Jurutera Diraja atau ringkasnya RAJD adalah salah satu Kor dalam Tentera Darat Malaysia. RAJD merupakan pasukan bantuan tempur yang bertanggungjawab membantu Tentera Darat mencapai kemenangan dalam peperangan.
Semasa aman, RAJD juga terlibat dalam pembangunan negara dengan penglibatan pasukannya melaksanakan projek-projek pembinaan infrastruktur asas kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman atau satu ketika dahulu ditakrifkan sebagai kawasan keselamatan.
Di samping itu, RAJD juga membantu kepada keamanan sejagat dengan penglibatannya dalam misi-misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai kumpulan bantuan tempur kepada Kontinjen Malaysia.
Sebagai sebuah Kor yang bertunjangkan kejuruteraan, RAJD mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menjayakan misinya.
RAJD dilengkapi dengan peralatan khas di samping sumber manusia yang terlatih dan mahir khusus untuk kejuruteraan medan.
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
Dari sudut sejarah, RAJD telah ditubuhkan dengan rasminya pada 22 April 1953.
Pada masa itu, unit pertama RAJD dikenali sebagai Skuadron Medan Persekutuan ke-76, Jurutera Persekutuan.
Pasukan terawal ini ditubuhkan di Balaclava Lines, Kluang, Johor.
Ianya dianggotai oleh pelbagai bangsa rakyat Malaya kecuali semua pegawai dan enam anggota yang terdiri daripada Tentera British.
Anggota yang dipilih ini adalah merupakan anggota percubaan bagi FE, sebelum sebuah unit FE pertama akan ditubuhkan yang dijangka akan ditubuhkan pada 1 Jan 1954. Seminggu selepas mendaftar di sana mereka dipindahkan ke Malayan Basic Training Centre di Nee Soon, Singapura, untuk memulakan latihan ketenteraan. Beberapa orang jurulatih Askar Melayu yang terpilih turut ke sana bagi melatih rekrut ini.
Tarikh ini adalah merupakan titik permulaan kewujudan Rejiman Askar Jurutera DiRaja atau singkatannya RAJD. Semasa hari penubuhan Federation Engineers ini pengambilan rekrut pertama seramai 37 orang diambil di Pusat Latihan Rekrut Port Dickson. Nombor tentera anggota rekrut ini bermula daripada 300001 hingga 300037.
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
Anggota yang dipilih ini adalah merupakan anggota percubaan bagi FE, sebelum sebuah unit FE pertama akan ditubuhkan yang dijangka akan ditubuhkan pada 1 Jan 1954. Seminggu selepas mendaftar di sana mereka dipindahkan ke Malayan Basic Training Centre di Nee Soon, Singapura, untuk memulakan latihan ketenteraan. Beberapa orang jurulatih Askar Melayu yang terpilih turut ke sana bagi melatih rekrut ini.
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
Setelah tamat kursus di MBTC Nee Soon, pada bulan Ogos 1953 mereka dihantar pula ke Engineer Training Centre di Kluang untuk menjalani latihan asas Jurutera Tempur B3. Sejumlah 5 pengambilan rekrut dibuat untuk Federation Engineers. Pengambilan kedua hingga kelima dilaksanakan juga di Nee Soon
sepenuhnya.
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
Apabila Malaya hampir merdeka, kerajaan British telah membubarkan Rejimen Jurutera Medan Diraja dan memindahkan semua anggota tersebut ke dalam pasukan Jurutera Persekutuan.
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
Pasukan ini kemudian ditukar nama kepada Skuadron Jurutera Pertama, Jurutera Persekutuan pada 15 Julai 1957.
Dalam pada itu, pasukan Skuadron Medan Persekutuan ke-75, Jurutera Diraja yang ditubuhkan lebih awal lagi, iaitu pada 30 September 1952 turut ditukar menjadi Skuadron Jurutera Kedua, Jurutera Persekutuan dengan keanggotaan seramai 201 orang.
Semasa penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, nama Jurutera Persekutuan telah ditukarkan kepada Jurutera Malaysia.
![]() |
| GAMBAR: Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja |
Nama tersebut kemudiannya ditukar menjadi Rejimen Askar Jurutera pada tahun 1977 sejajar dengan proses penyusunan semula semua Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat.
Pada tanggal 6 Jun 1992, Rejimen Askar Jurutera telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Yang Dipertuan Agong.
Sejak dari itu, Kor ini telah dikenali sebagai Rejimen Askar Jurutera Diraja .
Peranan dan tugas utama RAJD adalah memberi bantuan kejuruteraan kepada Tentera Darat.
Bantuan ini biasanya disebut secara amnya sebagai Bantuan Jurutera.
Bantuan Jurutera juga diberi kepada perkhidmatan Tentera Laut dan Tentera Udara, namun bantuan serupa ini amat jarang dilakukan.
Secara khususnya Bantuan Jurutera boleh dikategorikan seperti berikut:
a. Semasa Perang - Membantu Tentera Darat untuk berperang, bergerak dan hidup. Tugas-tugas yang dilaksanakan adalah:
(1) Memperbaiki mobiliti pasukan sahabat.
(2) Mematahkan mobiliti pasukan musuh.
(3) Membantu kemandirian (Survivability) pasukan sahabat.
(4) Melakukan kerja kejuruteraan am.
b. Semasa Aman - Berlatih untuk berperang dan membantu dalam pembangunan negara.
c. Semasa Darurat/Bencana Alam - Membantu pihak berkuasa awam dalam pemulihan, pengendalian dan penyenggaraan perkhidmatan penting negara.
Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah pengendalian pelabuhan, pengendalian kereta api, bekalan air dan bekalan tenaga elektrik.
Konsep penyusunan semula struktur organisasi RAJD di dalam Kajian Semula Paras Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2000 adalah seperti berikut:
a. Sebuah Markas Pemerintahan RAJD Pemerintahan Medan Tentera Darat.
b. 3 buah Markas RAJD di medan.
c. Sebuah Rejimen Pembinaan RAJD.
d. Sebuah Rejimen Simpanan RAJD.
e. 7 buah Skuadron Tempur RAJD.
f. 3 Buah Skuadron Bantuan RAJD.
g. Sebuah Skuadron Para RAJD.
h. Sebuah Skuadron Armor RAJD.
i. Sebuah Skuadron Mekanis RAJD.
j. Sebuah Markas Kumpulan Pakar Senggaraan dan Perhubungan RAJD (AW).
k. 4 buah Rejimen Pakar Pengendalian RAJD (AW).
l. 4 buah Skuadron RAJD (AW).
b. 3 buah Markas RAJD di medan.
c. Sebuah Rejimen Pembinaan RAJD.
d. Sebuah Rejimen Simpanan RAJD.
e. 7 buah Skuadron Tempur RAJD.
f. 3 Buah Skuadron Bantuan RAJD.
g. Sebuah Skuadron Para RAJD.
h. Sebuah Skuadron Armor RAJD.
i. Sebuah Skuadron Mekanis RAJD.
j. Sebuah Markas Kumpulan Pakar Senggaraan dan Perhubungan RAJD (AW).
k. 4 buah Rejimen Pakar Pengendalian RAJD (AW).
l. 4 buah Skuadron RAJD (AW).
RAJD sejak ditubuhkan telah berkembang selaras dengan pembangunan Tentera Darat Malaysia. Berlandaskan tema `Berusaha Berfaedah', RAJD telah berjaya melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang.
Secara kebetulan RAJD adalah salah satu Kor dalam Tentera Darat yang amat produktif semasa aman.
Pengetahuan dan kemahiran kejuruteraan serta peralatan khas yang dimiliki RAJD membolehkan rejimen ini dikerah untuk melaksanakan projek pembangunan. RAJD merupakan perintis pembangunan negara terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil. Sesungguhnya penglibatan RAJD dalam membina infrastruktur untuk rakyat ini telah menjimatkan kos kerajaan di samping dapat merapatkan hubungan bagi memenangi hati rakyat.
Sebagai pengiktirafan, RAJD telah dikurniakan gelaran Diraja pada 6 Jun 1992.
Selain itu beberapa kerajaan negeri telah menyumbangkan hadiah kenangan khas kepada RAJD atas sumbangan bakti yang telah diberikan kepada rakyat dan pembangunan negeri berkenaan.
Pencapaian ini berjaya dicapai hasil rancangan strategi Tentera Darat dan RAJD serta komitmen warganya yang sentiasa berpegang kepada moto `Berusaha Berfaedah' untuk kekal `Sentiasa di Hadapan'.
AMBIL TAHU, TAMBAH ILMU!
INTEL:
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=290319&mobile=2
https://www.facebook.com/Muzium-Rejimen-Askar-Jurutera-DiRaja-Website-147960735241732/
APA PANDANGAN ANDA MENGENAI HAL INI? JOM KONGSI DIRUANGAN KOMEN. UJARKAN BUAH FIKIRAN ANDA DAN ANDA BOLEH JUGA SALURKAN MAKLUMAT TERKINI PADA KAMI.
AMBIL TAHU, TAMBAH ILMU!
INTEL:
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=290319&mobile=2
https://www.facebook.com/Muzium-Rejimen-Askar-Jurutera-DiRaja-Website-147960735241732/
APA PANDANGAN ANDA MENGENAI HAL INI? JOM KONGSI DIRUANGAN KOMEN. UJARKAN BUAH FIKIRAN ANDA DAN ANDA BOLEH JUGA SALURKAN MAKLUMAT TERKINI PADA KAMI.










0 Comments