ASAL USUL KAWAT BERDURI


Bila Perintah Kawalan Pergerakan dipertingkatkan disebahagian kawasan, kecoh diwartakan perihal anggota keselamatan memasang Kawat Berduri (Fence Wire/Barbed Wire) disekitar kawasan yang dipertingkatkan kawalan berikutan penularan virus COV1D-19.

Terlintas difikiran kotak otak benak senak penulis dari mana asal-usul kawat berduri ni? Sejak dari zaman kadet tentera yang dialami oleh penulis sendiri, ini adalah antara persoalan yang masih tidak ketemui jawapannya sehinggalah timbul kerajinan pada waktu kini untuk membuat sedikit kajian untuk dikongsi bersama.

 Razor Wire Fence
JOM USHA MANA MUNCULNYA KAWAT BERDURI NI

Dari segi perbahasan bahasa dan ejaan, terdapat perbezaan dari segi sebutan, ejaan dan makna yang sering disalah guna ertikan (penulis pun kadang tersilap).

Terdapat perbezaan ketara yang sering diendahkan dimana perbezaan antara KAWAT dan KAWAD.

Merujuk pada kamus dewan, KAWAT bermaksud 1 tali yg dibuat drpd logam; dawai: Karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga. 2 = berita (khabar) ~ telegram: menerima ~ menerima berita yg disampaikan dgn telegram. ~ berduri kawat yg berduri utk dibuat pagar dll. ~ mata punai kawat beranyam, biasanya digunakan utk membuat reban dll. mengawatkan mengirim berita (khabar dll) dgn telegram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Manakala KAWAD bermaksud perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. ~ cam proses mengecam orang yg disyaki terlibat dlm sesuatu jenayah dgn membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiaya. berkawad berjalan dgn rentak kaki yg sama; berbaris; mengadakan perbarisan.

Kawat berduri salah satu alat atau aset pertahanan dalam bahagian meleraikan aktiviti demonstrasi orang ramai yang berada ditahap melampau. Alat ini sudah tentunya diaplikasikan oleh pihak berkuasa bagi meminimalisasikan, meredakan, mengawal atau meleraikan keadaan demonstrasi yang melampau atau didalam keadaan yang berada diluar kawalan.

Sementara itu, kawat berduri juga menjadi alatan penting bagi kehidupan seharian dimana digunakan bagi tujuan kawalan kawasan pertanian atau ternakan bagi mengelakkan dari hasil  dirosakkan oleh hidupan atau binatang liar juga mengawal dari penceroboh masuk.

Pengetuhan umum, dari seni pembuatannya terhasil dari buatan tangan yang ternyata bukan secara kebetulan namun ianya tercipta dengan terancang sebagai alat membantu manusia.

Didalam satu entri kajian yang dijumpai, buat kali pertamanya kawat berduri dihasilkan oleh Lucien B Smith dari Kent, Ohio, America. Beliau menggunakan kawat berduri tersebut dan menggulungnya selepas digunakan. Pada tanggala 25 Jun 1864, beliau secara rasmi mematenkan kawat berduri hasilnya tersebut.

Perihal tentang paten kawat berduri tersebut tidak terhenti disitu dimana ada beberapa orang lain didalam kawasan tempat yang sama turut mengklaim hal yang sama berkenaan ciptaan kawat berduri tersebut.

Lebih dari enam orang juga yang menyatakan diri masing-masing sebagai penghasil kawat berduri tersebut. Perkara ini tidak menjadi “luka” mahupun “kudis” bagi Lucien B Smith kerana awal lagi beliau telah menjadi kontak utama bagi penemuannya dalam industry bagi pencegahan penjagaan haiwan ternakan.

Melihat betapa pentingnya kawat berduri dalam kehidupan mereka waktu itu, perdebatan secara serius dapat dielakkan kerana dalam industri penternakan ianya adalah medium yang sangat penting sebagai keperluan bagi alatan menghalang ternakan terlepas atau dilepaskan.


KENAPA KAWAT BERDURI JADI PILIHAN? KENAPA BUKAN KAYU DAN SEBAGAINYA?

Pada tahun 1860-an, pagar yang dihasilkan dari kayu sangat mahal dipasaran. Hasil kayu juga sangat sedikit sehinggakan para petani terpaksa membina rumah daripada tanah didaerah tersebut.

Begitu juga batu bata dimana ianya juga kurang didapati dan option terbaik pada waktu itu adalah kawat berduri sebagai pagar penghalang dimana ia jauh lebih murah mudah dan cepat untuk penggunaannya berbanding yang lain.
 Popular Science Magazine - Tiller Design
Info dari Popular Science, setelah Lucien B Smith berhasil mematenkan sendiri hasil tersebut, perusahaan pengeluaran mula memproduksi dalam pelbagai jenis bentuk kawat berduri.

Ratusan jenis kawat berduri telah diperkembangkan dan dijamin dari bahaya terbakar kerana sudah tentunya diperbuat dari besi.

Penemuan yang telah menrevolusikan hidupan manusia ini, pastinya menjadi minat kerana ianya cukup murah dan mudah bagi petani atau penternak untuk memilikinya dalam tujuan menghalang ternakan terlepas atau haling pencerobohan berlaku.

Devil's Rope - 99% Invisible
Ada sebahagian yang menamakan kawat duri/barbed wire ini sebagai 'Devil's Rope'

PAGAR BERDURI VS WILD WILD WEST
Jauh disudut dalam kajian entri lain pula, paten bagi penambahbaik kawat berduri telah diberikan oleh Pejabat Paten Amerika Syarikat dimana ianya bermula dengan Michael Kelly (takde kene-mengena dengan Machine Gun Kelly) pada November 1868 dan berakhir dengan Joseph Glidden pada November 1874 yang dikatakan pembentukan sejarah alat ini.

Kemunculan kawat berduri yang amat berkesan ini telah mengubah lifestyle wild west yang dilihat terlalu dramatic.

Tanpa pagar kawat berduri, ia dilihat sebagai satu keadaan yang sangat susah kerana dek kepayahan mengawal ternakan yang terlepas atau masuk ke kawasan tanah orang lain untuk mencari makan.
Joseph Glidden (date unknown) | From the Ritzman Photo Colle… | Flickr
JOSEPH GLIDDEN – KING OF THE BARBED WIRE

MICHAEL KELLY – PAGAR/KAWAT BERDURI “BARBED WIRE” (BW) PERTAMA
Sebelum menjadi kawat berduri/barbed wire(BW), ia hanya satu dawai kawat yang dibahagikan susunannya berpandukan pada berat ternakan bagi menahannya.

Beliau membuat perubahan pada kawat tersebut dengan memutarkan dua wayar bersama dalam satu masa membentuk kawat berduri yang pertama menjadikan ianya lebih kuat dan menyakitkan ternakan supaya ternakan menjaga jaraknya sendiri dari halangan kawat tersebut.

JOSEPH GLIDDEN – KING OF THE BARBED WIRE
Secara khususnya sudah tentu sikap bersaing dalam menginovasikan sesuatu ciptaan terpatri dalam diri manusia yang mempunyai visi yang tinggi. Begitulah hendaknya manusia yang bernama Joseph Glidden, seorang petani dai De Kalb,IL dimana beliau bersaing menginovasikan kawat beduri tersebut untuk lebih berkesan.

Tahun 1873 dan 1874, paten yang dikeluarkan dalam bentuk yang berbeza dimana persaingan dalam ciptaan kawat berduri dipertandingkan diantara Joseph Glidden dan Michael Kelly. Namun pemenang yang diiktiraf reka bentuknya adalah Joseph Glidden kerana ciptaannya yang telah diinovasikan dalam cara yang lebih mudah dan prkatikal.

Patennya dikeluarkan pengushaannya di Amerika Syarikat pada 24 November 1874 dan beliau menghadapi cabaran ke mahkamah dari penghasil yang lain. Tidak mudah kalah, Joseph Glidden menang perbicaraan dan berjaya dipasaran dimana tetap hingga kini patennya terkenal sebagai kawat berduri/barbed wire (BW).

Hanya beberapa daripada lebih daripada 1500 jenis kawat berduri.
- Muzium Murray County.

BARBED WIRE-PEPERANGAN-KAWALAN KESELAMATAN
Hasil dari ciptaan kawat berduri tersebut, ternyata dipergunakan secara meluas didalam kebanyakan siri peperangan didunia. Penggunaan kawat berduri didalam bidang kawalan tentera pada mulanya agak kurang pada 1888, namun telah dipergunakan secara meluas selepas manual dari British mula menggalakkan penggunaannya.
Semasa perang Sepanyol-Amerika, Rough Riders Teddy Roosevelt membuat pertahanan kem dengan bantuan pemasangan kawat berduri disekeliling kem.

Berabad lamanya, Afrika Selatan, pagar lima helai dikaitkan dengan rumah yang dilindungi tentera British dari pencerobohan komando Boer.

Didalam perang dunia I, kawat berduri digunakan sebagai senjata halangan oleh pihak tentera.

Ternyata hingga kini, kawat berduri begitu sinonim bagi pihak keselamatan bagi melindungi dan mempertahankan sesuatu kawasan, ketenteraan, wujudkan sempadan dan juga sebagai halangan tahanan banduan.

Biarlah siapapun yang terawal atau terakhir yang mencipta, kita menghargainya kerana ciptaan kawat berduri ini sangat mudah dan praktikal dalam pelbagai keadaan dalam melindungi sesuatu kawasan. Tidak hanya kawalan keselamatan pihak berkuasa, ianya diperlukan secara menyeluruh bagi melindung kawasan ternakan dan tanian dari diceroboh oleh pihak yang berniat jahat.

SUMBER

Post a Comment

0 Comments