Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) berdasarkan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang dibuat melalui
Majlis Keselamatan Negara(MKN) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, pelbagai 'Standard Operating Procedure'(SOP) telah dilaksanakan yang tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memastikan PKP dipatuhi sepenuhnya bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Antara Arahan Yang Telah Dikeluarkan
- Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
- Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
- Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
- Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti
- Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara
- Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)
Menjelang perlaksanaan PKP Fasa 2 yang
bermula 1 April 2020, MKN telah mengenalpasti 'Redzone' yang mempunyai kadar
jangkitan tertinggi COVID-19.
Langkah drastik telah diambil dengan melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD).
Perintah Kawalan Diperketatkan(PKPD)
PKPD bermaksud Perintah Kawalan Diperketatkan. Ini bermakna kawasan yang dikenakan perintah ini di tutup sepenuhnya akses keluar dan masuk serta dikawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM). Sebarang aktiviti luar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kawasan yang dikenakan arahan PKPD merupakan kawasan yang paling tinggi positif jangkitan COVID-19.
1. SIMPANG RENGGAM, Kluang, Johor
Melibatkan 2 kawasan iaitu Kampung Dato' Ibrahim
Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid. Bermula pada 27 Mac sehingga 9 April 2020. 61 kes daripada 83 kes positif Covid-19
dikesan di daerah Kluang adalah dari kedua-dua kawasan ini. Ia melibatkan 3,570
orang penduduk tempatan dan 650 buah keluarga.
2. SUNGAI LUI, Hulu Langat, Selangor
71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada
274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat,
Selangor. Penutupan merangkumi kawasan Batu 21 hingga
Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang melibatkan 3,918 orang penduduk dan
700 buah rumah. Ini termasuk 7 buah perkampungan iaitu 2 buah kampung orang asli dan 5 buah kampung
melayu. Berkuatkuasa 30 Mac - 13 April 2020.
3. MENARA CITY ONE, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes Covid-19 yang dilaporkan di Menara City One, Kuala Lumpur ada kaitan dengan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling. 17 kes positif Covid-19 dikesan di menara itu yang
merupakan kondominium dan premis perniagaan. Melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit
kondominium dan premis perniagaan Berkuatkuasa 31 Mac - 13 April 2020.
4. SELANGOR MANSION dan MALAYAN MANSION, Jalan
Masjid India,Kuala Lumpur
Terdapat 15 kes positif yang dikesan dibangunan
ini. Difahamkan, majoriti penghuni flat terbabit terdiri warga India, Bangladesh dan Pakistan. PKPD ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di
365 unit kediaman dan premis perniagaan. Bermula pada 7 April 2020.
Sepanjang perlaksanaan PKPD
- Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), akan mengawal seluruh kawasan berkenaan.
- Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
- Semua jalan keluar masuk juga akan ditutup.
- Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh PKPD.
- Semua penghuni juga akan menjalani saringan kesihatan dan pangkalan perubatan akan dibuka di kawasan PKPD








0 Comments