Kementerian Kewangan menerusi siaran media YB Menteri Kewangan Dato' Sri Tengku Zafrul memaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibayar secara berperingkat mulai 6 April 2020.
Bayaran Fasa 1 yang meliputi golongan B40 iaitu pendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan RM 2,000 ke bawah akan bermula pada 6 April 2020 sehingga 12 April 2020.
Manakala bayaran Fasa 2 yang merangkumi golongan M40 iaitu pendapatan isi rumah RM 4,001 hingga RM 8,000 dan individu bujang berpendapatan Rm 2,000 hingga RM 4,000 akan bermula pada 13 April 2020 sehingga 15 April 2020.
Dalam masa yang sama, permohonan baharu dan rayuan BPN akan dibuka sehingga 30 April 2020.
Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia



0 Comments