TIADA CAJ RM1 LAGI DI MESIN ATM. DIKECUALIKAN DI SEMUA RANGKAIAN MEPS.



Betapa seronoknya rakyat Malaysia apabila diumumkan tiada lagi caj RM1 disemua rangkaian MEPS. Nampak kecil, tetapi ianya adalah satu penghargaan besar bagi rakyat marhaen. Setiap kali nak cucuk duit, mesti perlu cari mesin ATM yang mengikut akaun sendiri. Jika tidak, pasti akan ditolak RM1. Apa yang berat nya? Tengah-tengah bulan dalam akaun ada cukup RM20.31. Nak guna RM20. Kalau caj RM1? Dah tentu cuma dapat keluarkan RM10 sahaja. Begitu indahnya bila tiada lagi caj Rm1 pada kami rakyat biasa. Banyak hikmah-hikmah yang tersembunyi didalam kesulitan kini.

PUTRAJAYA- Terdahulu, Menteri Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seluruh mesin ATM yang menghubungkan rangkaian MEPS tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi transaksi tunai mulai Isnin ini. Berkuatkuasa serta merta sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Tambah MENHAN lagi, tindakan ini adalah bagi mengurangkan kunjungan orang ramai ke kaunter bank bagi melakukan transaksi.

“Anda tidak perlu berpusu-pusu ke bank, (tetapi) jangan berpusu-pusu pula. Amalkan penjarakkan social satu meter,” ujarnya di sidang akhbar di Putrajaya.

Kerajaan menggalakkan orang awam menggunakan khidmat online banking bagi urusan lain.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir pada 14 April ini namun tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tentukan perlanjutan atau tidak.

Ini adalah salah satu perintah tindakan bagi memecahkan rantaian jangkitan COVID-19 dalam tempoh 2 minggu waktu pengeraman virus tersebut.

Mengulas mengenai laporan bahawa ada pekerja Bangladesh di negara ini tidak mempunyai bekalan makanan menyebabkan mereka kelaparan, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersedia membantu mana-mana pihak yang berada dalam negara ini.

Namun begitu, beliau menjelaskan setiap kedutaan bagi pekerja asing ini perlu mengambil tanggungjawab memastikan rakyat mereka mendapat bantuan sewajarnya.

"Mereka perlu melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di daerah sekiranya ada rakyat mereka di mana-mana daerah dan jika di Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi Pusat Pengurusan Krisis (CMC) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Isu berkaitan warga asing ini perlu diambil tanggungjawab dan kerajaan Malaysia akan membantu kedutaan negara-negara ini untuk menyelaras apa yang mereka perlu lakukan," katanya.


SUMBER

Post a Comment

0 Comments