TR1V1A.M1TOS.KONSP1RAS1
By EMEFDEE
April 3,2020 at 10.30 PM
Semoga keselamatan dan rahmat Allah, serta keberkahan-Nya terlimpah kepada kalian. Kita tidak lari dari menimbang-tarakan perihal isu-isu yang berkaitan.
Lebih-lebih lagi berkaitan konspirasi yang sememangnya memeningkan dan
merisaukan banyak pihak. Mana tidaknya, setiap kejadian yang pelik berlaku
diserata dunia, boleh saja dikaitkan dengan hal-hal konspirasi dari pihak-pihak
atau kumpulan-kumpulan yang ingin menakluk dunia secara mutlak dengan cara
penghapusan umat manusia. Boleh saja disangkal, boleh saja diterima untuk
tujuan kajian dan siasatan, namun jangan taksub sehingga mandi tak basah, tidur
tak lena.
Terkini di laman media sosial, tular mengenai MISTERI CORONAV1RUS
(COV1D-19). Misteri kewujudannya menimbulkan tanda tanya kerana masih dalam
kajian dan tidak dapat dipastikan. Sehingga memenatkan banyak pihak yang ingin
mengetahui mana asalnya, terus mengambil langkah untuk mencari jalan bagiamana
untuk mengatasi dan menghapukan v1rus tersebut dan melupakan sebentar dimana,
bagaimana, terjadinya atau siapa? Dalang disebalik misteri v1rus ini.
MIST3RI CORONAV1RUS (COV1D-19)
APAKAH ITU CORONAV1RUS
(COV1D-19)?
Coronavirus merupakan sekumpulan virus yang terdiri dari 32 jenis virus dan mereka terbahagi kepada
2 keluarga. Virus tersebut boleh
menyerang manusia dan juga binatang. Coronavirus (Covid-19) pula merupakan
virus yang baru ditemui (atau baru dicipta) pada tahun 2019. Patent untuk Coronavirus yang sedang berlegar di media sosial
sebenarnya adalah untuk Coronavirus jenis lama (ciptaan tahun 2018 atau sebelumnya) dan bukannya
jenis 2019. Orang yang terkena virus
tersebut akan mendapat tanda-tanda selepas 2
hingga 14 hari contohnya seperti hidung
berair, sakit kepala, batuk, sakit tekak dan demam. Untuk mereka yang mempunyai
sistem pertahanan badan yang lemah, mereka akan mendapat sakit seperti batuk
yang amat teruk. 97% pesakit akan
sembuh dari sakit tersebut tanpa mendapat sebarang bantuan perubatan moden. Hanya
pesakit yang telah berumur lebih dari 60
tahun akan mendapat kesan seperti paru-paru berair dan akan menyebabkan kematian
sekiranya tidak berubat.
DARI MANAKAH ASALNYA
CORONAV1RUS (COV1D-19)?
Ia berasal
dari Wuhan di negara China. Terdapat 8.9
juta penduduk di Wuhan. Ia adalah sama besarnya seperti kota London. Ia adalah
bandar yang ketujuh terbesar di China.
MAKMAL BIOSAFETY DI WUHAN
SAINTIS DARI CH1NA TELAH
MENCUR1 V1RUS DARI MAKMAL DI NEGARA KANADA
Pada bulan March 2019, 2 orang saintis iaitu Dr. Xiangguo Qiu
dan Keding Cheng (suami–isteri) dari negara China telah mencuri virus dari
sebuah makmal iaitu “Canadian National Microbiology Laboratory (NML)” di negara
Kanada. Mereka kemudian telah menghantar virus tersebut ke negara China dengan
menggunakan khidmat Courier. 4 bulan
berikutnya iaitu pada bulan July 2019,
mereka berdua telah dihalau keluar dari Makmal NML dan dipaksa pulang ke negara
China. Di China, mereka kemudian membawa virus tersebut ke makmal di Wuhan dan
mula membuat ubahsuai (modify) virus tersebut. Ketua mereka ialah Dr. Peng
Zhou, Ph.D. Dialah yang bertanggungjawab dalam mencipta virus baru yang
dinamakan sebagai Coronavirus (Covid-19) 32
Kilometer dari makmal tersebut terdapat sebuah pasar iaitu “Huanan Seafood
Market” yang dikatakan tempat bermulanya penyebaran Coronavirus (Covid-19). Ini
bermakna, para saintis dari makmal “Wuhan National Biosafety Laboratory” telah
membawa Coronavirus ke pasar di “Huanan Seafood Market” untuk menyebarkannya
dengan sengaja. Dari situlah bermulanya wabak Coronavirus (Covid-19).
KERAJAAN KOMUN1S CH1NA HENDAK
MEMBVNVH RAKYAT MEREKA SENDIRI?
Kerajaan komunis China hendak mengurangkan jumlah penduduk di negara
China. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri untuk melaksanakan agenda
jahat tersebut. Mereka menggunakan virus sebagai alasan supaya tidak ada
sesiapapun yang akan tahu kisah sebenar. Sejak December 2019 sehingga kini, kerajaan komunis China telahpun membunuh lebih
dari 500,000 orang di China.
Kerajaan Komunis China telahpun menempah 1
juta bag mayat untuk digunakan sewaktu operasi membunuh. Kenapakah mereka
memilih bulan December 2019 untuk
menyebarkan virus tersebut? Jawapannya ialah kerana orang-orang di China akan
menyambut tahun baru cina pada bulan January 2020. Jadi mereka memerlukan masa sebulan untuk memastikan virus
tersebut tersebar di kalangan penduduk di Wuhan. Selepas itu orang-orang yang
telah dijangkiti virus tersebut akan melancong ke luar negara untuk menyambut
tahun baru cina. Ini akan menyebabkan virus tersebut akan merebak ke seluruh
dunia. Itulah agenda Khazar Satanist @ Illuminati.
SAINTIS DARI 1NDIA TELAH MENGATAKAN
BAHAWA TERDAPAT GEN A1DS DIDALAM CORONAV1RUS (COV1D-19)
Selepas sebulan Coronavirus merebak ke seluruh dunia, saintis dari
negara India iaitu dari “Kusuma School of biological sciences, Indian institute
of technology, New Delhi-110016,
India” dan juga “Acharya Narendra Dev College, University of Delhi, New Delhi-110019, India” telah membuat kajian
tentang Coronavirus tersebut. Saintis dari India tersebut mendapati bahawa Coronavirus
bukannya semulajadi. Ini adalah bukti yang kukuh bahawa virus tersebut adalah
buatan manusia. Saintis tersebut juga telah memberitahu bahawa mereka telah
menemui gen AIDS di dalam Coronavirus.
RAMAI SAINTIS YANG MENGAKU
BAHAWA CORONAV1RUS (COV1D-19) ADALAH CIPTAAN MANUSIA
Dr Francis Boyle telah mengesahkan Coronavirus adalah senjata biologi
untuk persediaan Perang Dunia Ke-3
Dr James Lyons Weller mengatakan virus ini bukanlah semulajadi tetapi dicipta
di makmal hasil ubahusai daripada virus SARS yang diciptakan 100X ganda lebih bahaya. Prof Vivek
Perumal pula mengatakan Coronavirus ini mengandungi gen HIV yang membuatkan
sesiapa sahaja yang dijangkiti virus ini tidak akan sembuh dengan mudah. Inilah
hasil ubahsuai virus yang mereka curi untuk menghasilkan Coronavirus yang
sangat berbahaya.
11 MINGGU SEBELUM
MER3BAKNYA CORONAV1RUS (COV1D-19)
Pada 18 September 2019 iaitu 11 minggu sebelum Coronavirus merebak, Pegawai di Tianhe Airport di
Wuhan telah mengadakan latihan kecemasan untuk menghadapi wabak Coronavirus.
Kenapakah mereka memilih Coronavirus dan bukannya virus lain?
6 MINGGU SEBELUM MER3BAKNYA
CORONAV1RUS (COV1D-19)
Pada 18 October 2019, iaitu 6 minggu sebelum Coronavirus merebak, sebuah persidangan “Event 201” telah diadakan di New York.
Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh “Johns Hopkins Center for Health
Security” dan “World Economic Forum” bersama “Bill and Melinda Gates
Foundation”. Bill and Melinda Gates Foundation adalah dimiliki oleh “founder of
Microsoft” iaitu Bill Gates. Di dalam persidangan tersebut, mereka telah
membuat ujikaji dengan menggunakan simulasi dalam komputer mengenai kesan
kepada manusia sekiranya virus merebak. Komputer tersebut memberikan keputusan
yang amat memeranjatkan. Komputer itu meramalkan bahawa 65 juta manusia akan mati akibat virus tersebut. Pada hari yang
sama iaitu 18 October 2019, seramai 10,000 askar dari 110
negara telah berada di Wuhan untuk menyertai acara sukan tentera. Adakah acara
tersebut dijadikan sebagai alasan untuk membawa 10,000 tentera ke Wuhan?
4 MINGGU SEBELUM
MER3BAKNYA CORONAV1RUS (COV1D-19)
Pada bulan November 2019,
negara komunis China telah melancarkan Teknologi 5G di Wuhan dan juga di bandar-bandar yang berhampiran. Teknologi 5G akan memberikan berbagai kesan buruk
kepada manusia. 5G juga akan
memberikan kesan seperti selsema dan demam. Sebab itulah ramai penduduk di Wuhan
menunjukkan kesan seperti selesema dan demam. Jadi, kerajaan komunis China akan
menangkap semua orang yang menunjukkan kesan seperti selsema dan demam. Mereka
akan memberikan alasan kononnya orang tersebut telah dijangkini Coronavirus
(Covid-19).
VAKS1N UNTUK CORONAV1RUS
(COV1D-19) ADALAH LEBIH M3RBAHAYA
Khazar Satanist @ Illuminati sedang membuat perancangan untuk menggunakan
isu Coronavirus sebagai alasan untuk memastikan semua manusia di dunia ini
disuntik dengan Vaksin. AWAS!!! JANGAN
TERTIPU!!! Mereka akan memasukkan berbagai jenis virus didalam Vaksin
tersebut. Ada juga para saintis yang telah membocorkan rahsia dengan
memberitahu bahawa mereka akan memasukkan sejenis RFID Chip yang amat kecil di
dalam Vaksin tersebut. Ini adalah untuk mengesan lokasi anda dengan tepat.
KES1MPULAN
Negara China merupakan “testing ground” untuk Khazar Satanist @
Illuminati untuk menjayakan agenda jahat mereka iaitu “New World Order”.
Kesemua “Virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA,
ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (Saintis tajaan Khazar
Satanist @ Illuminati) dan dibuat didalam makmal. Setiap tahun mereka akan
menciptakan suatu “virus” yang baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin
yang kononnya untuk “berubat” penyakit tersebut. Sebab itulah “virus” tersebut
tidak pernah wujud 100 tahun dulu
malah ibu bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.
Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah
itu “Agenda 21”? “Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah
penduduk dunia” sehingga hanya tinggal 500
juta sahaja. Untuk pengetahuan anda, penduduk bumi kini berjumlah 7.3 billion orang. Jadi mereka
sebenarnya bercadang untuk membunuh lebih 6.8
billion manusia.
SUMBER
terbongkarnya misteri coronavirus
(covid-19)







0 Comments