Tenaga Nasional Berhad(TNB) melalui laman sesawangnya telah memaklumkan mengenai sedikit perubahan operasinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Perubahan ini tertakluk kepada pengeluaran Bil Elektrik bermula pada 20 Mac 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Menurut TNB, mereka akan mengeluarkan bil bulan Mac 2020 yang dianggarkan berdasarkan penggunaan pada bulan Februari 2020. Sebagai contoh, sekiranya bil pada bulan Februari adalah Rm100, maka bil pada bulan Mac akan dianggarkan juga sebanyak rm100. Walau bagaimanapun, bil anda akan dilaraskan semula selepas PKP berakhir dan bacaan meter sebenar diambil.
Sepanjang PKP, tiada bil akan dihantar ke premis atau kediaman anda. Salinan bil elektrik anda boleh didapati dengan melayari laman sesawang myTNB di www.mytnb.com.my atau menerusi aplikasi telefon MyTNB.
Namun begitu, pelanggan TNB boleh menghubungi TNB Care Line at 1-300-88-5454 untuk menyemak akaun, pertanyaan bil dan pertukaran alamat. Anda juga boleh menghubungi hotline TNB di talian 15454 dan Laman Facebook TNB yang beroperasi 24jam untuk sebarang masalah.
Para pelanggan TNB digalakkan untuk memuat turun aplikasi MyTNB di Apps Store dan Google Play Store bagi memudahkan urusan anda untuk menyemak bil elektrik semasa dan pembayaran bil.

Sumber: TNB


0 Comments