INI CARANYA.... Daftar dan Aktifkan i- Akaun KWSP anda?






KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.
Bagi yang masih lagi belum lagi mendaftar i akaun bolehlah gunakan langkah-langkah dibawah ini.



CARA PENDAFTARAN & PENGAKTIFAN i-akaun KWSP (Ahli)


Langkah 1

Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan. 

*Langkah di atas adalah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Sepanjang tempoh PKP, pejabat/kios KWSP tidak dibuka jadi anda perlu hubungi hotline KWSP 03-8922600 untuk maklumat lanjut atau mohon melalui:

a) E-MEL
    
Anda boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat: iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat  turun borang).
  2. Lampiran MyKad (depan dan belakang).
  3. Gambar swafoto anda bersama MyKa .
  4. Bukti pemilikan nombor telefon anda (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) atau Tangkapan skrin penyata yang tertera nama anda dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik anda.

Jika pengesahan berjaya, anda akan:
  • Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli).
  • Seterusnya anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Langkah 2

Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon 'Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS


Langkah 3

Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.

*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan


Langkah 4

Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.


Langkah 5

Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.



SumberKWSP

Post a Comment

0 Comments