Kontroversi ini dikupas kerana
ianya adalah salah satu isu besar yang berlaku didalam sejarah Malaysia. Pihak
kami bertindak untuk mengupas dan tidak menyokong mana-mana pihak biarpun telah
menemui kebenaran atau tidak. Kupasan ini hasil dari tindakan kajian yang
dibuat dan komentar yang dikongsikan oleh orang ramai.
PART 1: ISU;
Kita sudah terbiasa dengan
lambakan isu dari media yang menempekkan poster-poster luahan ke akal minda
seluruh penduduk dunia berkenaan isu Bosnia, Palestin, Syria, Iraq dan
sebagainya kecuali Yahudi yang sudah semestinya pelarian yang dilaknat!.
Perhatian penuh pada mereka tentang isu ini yang dilihat dari mata sisi dunia
yang sebahagiannya melihat dari leper dan bukan bulat. Semua konspirasi! Semua
komplot! Semua agenda! Em…
Hampir bertahun-tahun lamanya
kisah sekumpulan manusia yang ditindas, dianiaya, dihukum, dibunuh, dan sebagainya yang
tragis menjadi warna-warni kehidupan didunia ini. Masing-masing semuanya atas
dasar kemewahan, nama, pangkat, darjat dan keteguhan kedudukan. Ini semua juga
atas dasar yang diciptakan oleh pereka pentas dunia manusia yang mempopularkan
konsep ‘menghalalkan cara’ melalui pemerintahan ‘pemimpin yang ditakuti bukan
disayangi’. Bunyi macam menyimpang, tapi itulah hakikat sebenar bila dikaji
melalui pendekatan ‘back to basic’.
‘Back to basic’ yang dimaksudkan disini adalah kajian analisis yang dibuat secara mendalam melihat pada pokok pangkal punca asal kepada sesuatu kejadian yang berlaku berdasarkan maklumat. Bila kita lihat pada perkara asal yang berlaku kepada penyebab sesuatu kejadian, kita boleh mengadili secara lebih bijak dan tidak jatuh hukum terlalu awal berdasarkan hipotesis semata-mata.
Jika kita lihat, Malaysia mula
menerima kehadiran awal pelarian Rohingya ini sejak tahun 1970an yang kini
kebanyakannya menetap di Negeri Selangor seperti Ampang, Gombak dan Hulu
Langat. Pada Mei 2015, negara Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehadiran
pelarian etnik Rohingya dari Myanmar secara beramai-ramai di Langkawi. Belum
sempat isu pelarian ditangani, negara digemparkan pula dengan penemuan 139 buah
kubur-kubur besar dan kecil di Wang Kelian, Perlis. (GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 9
(11 - 23))
Seterusnya yang terkini,
tanggal 16 APRIL 2020, (waktu perintah kawalan pergerakan masih dijalankan
kerana wabak Covid-19), pasukan tentera dari Tentera Udara Malaysia (TUDM)
berjaya mematahkan cubaan masuk PATI Rohingya menggunakan jalan laut yang sarat
dengan 200 orang warga Rohingya yang ingin cuba berlabuh di tanah air Malaysia.

Sehingga kini, pelbagai
kontroversi berkaitan etnik tersebut kembali hangat diperbualkan malah mula
memanaskan hati seluruh rakyat Malaysia susulan tindakan Zafar Ahmad Abdul
Ghani (Presiden MERHROM) yang pada mulanya mengutuk tindakan kerajaan Malaysia
menghalang kemasukan etnik sebangsanya ke Malaysia kemudiannya bertukar kepada
satu memorandom yang menyakitkan hati rakyat Malaysia dimana terkandung
didalamnya permintaan untuk memberikan kerakyatan dan layanan kesamarataan
etniknya setara rakyat Malaysia. Namun beliau memohon maaf berikutan hal itu,
namun beliau menyatakan beliau adalah mangsa dan isu tersebut adalah fitnah dan
berita palsu.
Tidak cukup dengan kontroversi
tersebut, timbul lagi kekusutan dihati dan kepala rakyat Malaysia apabila terdapat
beberapa pihak NGO yang menyokong bantahan tindakan kerajaan menolak 200
pelarian tersebut diatas dasar kemanusiaan tanpa menyiasat perkara sebenar
kenapa kerajaan bertindak sedemikian sehinggakan rakyat melabelkan mereka ini sebagai pengkhianat negara kerana menyokong lambakan kemasukan etnik ini.
Tidak lama selepas itu, tambah
minyak didalam api kemaraan panas meluap dan mendidih hati rakyat Malaysia,
tular isu sekumpulan lelaki yang dipercayai dari etnik Rohingya yang memuat
naik video secara live dimedia sosial, memaki hamun , menghamburkan kata kesat
dan lucah serta mengutuk rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu di negara ini.
![]() |
| Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, MENHAN |
Keseluruhan kebenarannya masih disiasat, dimana
pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 4 kertas siasatan bagi
kes isu Rohingya ini pada 29 April 2020.
BERSAMBUNG
PART 2: BACK TO BASIC
BERSAMBUNG
PART 2: BACK TO BASIC
SEJARAH: SIAPA ROHINGYA? DIMANA ASAL-USULNYA




0 Comments