PKP 2020: MAUT- DURJANA SI PEMABUK LANGGAR POLIS SEKATAN JALAN RAYA



Seorang wira negara barisan hadapan, anggota polis maut dirempuh dan dihempap dengan sebuah 4X4 semasa bertugas di sekatan jalan raya Ops Covid-19 dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal jam 3 pagi tadi.

Mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah diempuh berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan iaitu di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor.
Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak itu maut serta merta di lokasi tersebut.
Dimaklumkan juga mangsa 31 tahun, telah dirempuh 4X4 model Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang tidak bertanggungjawab memandu didalam keadaan mabuk.
Lebih tragis apabila kenderaan 4X4 tersebut juga telah menghempap mangsa dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Jenzah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Suspek juga mengalami kecederaan dan kini berada di hospital yang sama.

KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang terbalik di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang, awal pagi tadi.


KOPERAL Safwan Muhammad Ismail maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu seorang pemandu mabuk di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang, awal pagi tadi.

HUKUMAN MAKSIMUM TERHADAP PEMANDU MABUK DITUNTUT OLEH KETUA POLIS NEGARA

Post a Comment

0 Comments