Lombok: Buruh binaan parah diserang biawak komodo ketika melakukan kerja pembinaan resort bernilai £4.8 juta (RM6.5 juta) yang diilhamkan daripada filem Jurassic Park.
Elias Agas, 46, dikejarkan ke hospital dengan bot dari Pulau Rinca, Nusa Tenggara selepas biawak itu menggigit sebahagian anggota badannya, menurut ketua keselamatan pulau itu, Julius Buki yang dipetik media tempatan.
"Selepas dimaklumkan kejadian berkenaan, anggota renjer segera ke lokasi dan berjaya menyelamatkan mangsa," katanya.
Portal Independent UK melaporkan rancangan pembinaan resLort di pulau digelar Pulau Komodo itu membimbangkan pelbagai pihak terutama aktivis yang berpendapat ia akan mengganggu habitat dan mencederakan spesies itu yang diancam kepupusan.
Resort terbabit menerima jolokan Jurassic Park selepas kumpulan arkiteknya berkongsi video tarikan yang akan dibangunkan yang termasuk membenarkan pelancong mendekati komodo dan diiringi lagu tema sekuel filem dinosaur tahun 1993 berkenaan.
AFP


0 Comments