Baru-baru ini tular mengenai 'Health Tag' yang kononnya digunakan oleh kebanyakan
golongan VVIP dan golongan tertentu untuk melindungi diri daripada jangkitan wabak COVID-19.
Kesannya, kebanyakan orang ramai mula mendapatkan produk ini di pasaran sehinggalah kehabisan stok walaupun harganya boleh mencecah sehingga ratusan ringgit.
Adakah rakyat Malaysia masih lagi mempercayai produk seperti ini yang tiba-tiba muncul tatkala pandemik sedang melanda negara seperti wujudnya produk kad jimat minyak dan kad jimat elektrik?
Persoalannya, benarkah 'Health Tag' ini mujarab seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Produk yang dipakai seperti kad yang digantung di baju ini kononnya bertindak mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide disekitar si pemakainya.
Satu Kajian Khusus tentang keberkesanan produk seperti ini telah dijalankan dan
diterbitkan melalui artikel "Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim To Release Chlorine Dioxide".
(Japanese Journal of Enviromental Infections 32(4):222-226 July 2017).
Hasil daripada kajian ini merungkaikan bahawa:
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku.
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.
Kesimpulannya, pemakaian 'Health Tag' ini adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.
Apa yang membimbangkan adalah sikap terlalu yakin kepada produk ini akan mengakibatkan kurangnya sifat berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti membasuh tangan mengunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
Sumber: Pusat Racun Negara


0 Comments