DAH MOHON? SKIM i-Lestari | PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Bermula pada 1 April 2020, ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak boleh membuat permohonan pengeluaran akaun 2 maksimum RM 500 sebulan selama 12 bulanIni sejajar dengan pengumuman yang dibuat  oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) kesan daripada wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.


KONSEP AM PERMOHONAN i-Lestari
  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia 
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON


Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut :
  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)(Cara Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun(Ahli) klik di sini)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepadailestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara hantaran pos/kurier kepada alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.


Anda disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.


Permohonan secara manual yang dihantar melalui emel dan pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah emel dan pos sahaja.



TEMPOH AHLI MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN i-Lestari.



Anda boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).


PERMOHONAN DALAM TALIAN (e-pengeluaran)


Anda perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi


Untuk Tutorial (VIDEO) Permohonan Secara Online klik di sini





PERMOHONAN MELALUI E-MEL DAN POS


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari (memuat turun borang permohonan Pengeluaran i-Lestari dari laman sesawang KWSP).
  2. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) yang jelas.
  3. Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia).
  4. Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) yang AKTIF.


atau Pos/Kurier kepada alamat:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.







Sumber: KWSP

Post a Comment

0 Comments