Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial di buka semula.
Katanya, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.
Walau bagaimanapun beberapa aktiviti sosial membabitkan perhimpunan ramai dan mendedahkan kepada risiko jangkitan kepada orang awam masih tidak dibenarkan.
Perdana Menteri berkata dalam perutusan khas Hari Pekerja 2020, pengorbanan sepanjang PKP tidak sia-sia berikutan jumlah kes baharu COVID-19 turun, manakala kes sembuh meningkat.
Beliau berkata kerajaan sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal di bawah PKPB.
Katanya, semua aktiviti riadah dan sukan membabitkan perhimpunan ramai seperti bola sepak masih tidak dibenarkan.
- Binjai ExPress


0 Comments